Alal BTS
(Behind The Scene)
26 December 2013
Tuju.
Keseorangan di tengah ruang
Keseorangan memikir apa yang mandatang
Apakah bersedia aku?
Apakah gagalkah aku?
Siapa yang bakal aku?
Atau hanya pemain watak tak laku
Kosong, Sunyi, Senyap
Rasa seperti menunggu kasih manusia
Bila datang, aku diam tanpa kata
Mungkin bukan itu yang aku cari
Atau aku sendiri belum cukup berani
Diam
Terdiam malam hari
Yang lain seronok berlalu pergi
Aku menulis kata basi bernada senyap sunyi
Tanpa tuju
Tanpa rasa
Tanpa segala
Tapi yang aku tahu,
Tuhan sentiasa ambil tahu.
28 August 2013
2.Kau,Dia dan Bangsa.
‘Takkan hilang melayu didunia’ kata kau
‘Apa guna tak hilang didunia tapi kewujudan tidak dirasa’
kata dia
Kau dan dia bertelagah.bertelagah tujuan untuk tahu siapa
menang dan kalah
Bertelagah sampai lupa semua komitmen dan isu semasa
Leka sampai marah jadi luka,rakan jadi musuh,se agama
sen
diri kita tempuh
Kau dan dia lupa yang kamu berdua sendiri ludah,pijak,abai apa
yang ada
Bila bangsa di rendah,kau salahkan sipolan durjana,pengkhianat
dan imigran tak kenang jasa
Tapi kau dan dia sendiri yang biar bunga cantik layu ke
kanan,bunga tak cantik mekar di kiri
Kamu berdua lupa kita,hanya ingat mereka yang bikin binasa.
-Alal
-Alal
Subscribe to:
Posts (Atom)